Ubai serius bercinta dengan Shila Amzah - Utusan Malaysia

Ubai serius bercinta dengan Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Ubai memaklumkan dirinya menjalinkan hubungan serius dengan penyanyi, Shila Amzah selepas membeli ‘cincin tanda’ baru-baru ini.

Kata jejaka berusia 25 tahun itu, cincin tersebut juga menandakan mereka bakal melangkah ke fasa seterusnya walaupun belum menetapkan sebarang tarikh.

Jelas pemilik nama sebenar, Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, segala perancangan akan mengikut adat masyarakat Melayu serta perbincangan bersama pihak keluarga.

“Masih menentukan beberapa tarikh dan melalui proses dan adat. Kita akan merisik, bertunang dan berkahwin. Apapun bergantung kepada perbincangan antara kedua-dua belah keluarga nanti.

“Saya masih muda lagi, jadi Shila banyak mengajar saya banyak perkara dan apa yang patut dilakukan,” katanya semasa pelancaran filem Polis Evo 3, semalam.

Berhubung masalah dalaman keluarga Shila, kata Ubai, dia tidak pernah masuk campur dan menghormati privasi pelantun lagu Patah Seribu itu.

Namun, katanya, dia sentiasa bersedia menjadi pendengar setia sekiranya Shila mahu meluahkan masalahnya.

“Saya cakap kalau dia nak beritahu hal mak dan ayah dia silakan. Kalau tak nak tidak mengapa.

“Selebihnya saya tak masuk campur sebab bukan keluarga kita. Saya pernah berjumpa ND Lala sebelum nenek Shila meninggal dunia sebelum ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN