Tune Protect tawar perlindungan insurans di hujung jari

Tune Protect tawar perlindungan insurans di hujung jari

PROMOSI kempen Gerila Mamak Cyber bersama T.P The Thumb di Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. – FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan pelbagai pilihan produk insurans di pasaran, Tune Protect tampil inovatif dengan menawarkan konsep perlindungan insurans di hujung jari sesuai dengan gaya hidup generasi muda masa kini yang lebih selesa berurusan secara dalam talian.

Daripada insurans perjalanan, kepada insurans kereta, rumah, medikal dan banyak lagi, semuanya boleh didapati di Tune Protect dengan hanya menggerakkan jari anda selari dengan tagline Insurans Dipermudahkan.

Semuanya di hujung jari hanya menggunakan aplikasi telefon pintar Tune Protect melalui prinsip 3-3-3 iaitu anda boleh membeli insurans dalam masa 3 minit, menerima maklum balas dalam masa 3 jam dan mendapatkan bayaran tuntutan anda dalam masa 3 hari selepas diluluskan.

Selari dengan konsep perlindungan di hujung jari Tune Protect turut memperkenalkan maskotnya T.P. The Thumb sebagai simbolik betapa senangnya untuk mendapatkan perlindungan insurans.
Selain mudah, pengguna juga boleh memilih bentuk polisi dan kadar bayaran premium yang sesuai dengan keperluan mereka. Semuanya hanya di hujung jari selari dengan moto insurans yang dipermudahkan, memberikan anda segala-galanya di hujung jari melalui aplikasi mudah alih mereka.

Selain daripada membeli insurans melalui aplikasi Tune Protect, PUMP turut diperkenalkan sebagai ‘healthtech feature’ dalam aplikasi untuk menggalakan gaya hidup aktif di kalangan rakyat Malaysia. Lebih aktif gaya hidup anda, maka lebih banyak ganjaran akan diterima melalui kredit e-wallet, baucher-baucher menarik dan banyak lagi.

Dalam kelam kabut membuat persiapan Hari Raya ini misalnya mungkin ada yang terlupa untuk membaharui insurans kenderaan, namun melalui Tune Protect mereka tidak perlu bimbang ia hanya memerlukan tiga minit.

Insurans kereta Tune Protect – juga dikenali sebagai Motor Easy menawarkan 10 peratus diskaun jika dibeli dalam talian dan sebanyak 20 peratus pulangan tunai melalui kredit e-wallet.

Sempena dengan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang, Tune Protect bekerjasama dengan Media Mulia Sdn. Bhd. ‘menggempur’ bazar Ramadan bersama maskot T.P. The Thumb dan Mamak Cyber melalui program Gerila Mamak Cyber.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Jubin Mehta mengakui, pihaknya cukup teruja mengadakan kempen pengaktifan jenama bersama Media Mulia.

“Objektif kami adalah untuk meningkatkan kesedaran jenama dan pada masa yang sama, memberitahu orang ramai berkenaan pakej insurans yang ditawarkan. Insurans ini mampu dimiliki oleh semua orang termasuk Generasi Z,” katanya.

“Justeru, kami sangat teruja dapat berkolaborasi bersama Media Mulia kerana mempunyai peluang untuk mengakses orang ramai secara massa. Kami berharap akan ada lagi kerjasama bersama pada masa akan datang,” katanya.

Program itu diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu di Bazar Shah Alam Seksyen 13, Selangor pada 14 April dan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada 15 April.

Kedua-dua lokasi tersebut dipilih sebagai lokasi program kerana bazar tersebut antara yang paling ramai dikunjungi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pelbagai hadiah-hadiah menarik ditawarkan dalam program Gerila Mamak Cyber yang menampilkan produk-produk seperti buku nota, beg, belon serta sampul raya percuma.

Ketua Bahagian Penjenamaan, Komunikasi dan Korporat Sosial Tune Protect, Esther Chew berkata, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah istimewa sekiranya mereka memuat turun aplikasi Tune Protect dan mengaktifkan PUMP di telefon pintar mereka.

Katanya,PUMP adalah berciri teknologi kesihatan yang mengira jumlah langkah dalam sehari, berapa lama penggunaaannya tidur dalam sehari, pengambilan nutrisi dan juga merangkumi aspek kesihatan mental. Aplikasi ini terbuka kepada orang ramai melalui aplikasi Tune Protect. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN