Tujuh tahun adik tabah jaga ibu lumpuh, kakak kudung kaki

Tujuh tahun adik tabah jaga ibu lumpuh, kakak kudung kaki

KEDUA-dua pesakit dikunjungi pihak Klinik Kesihatan Peringat bagi melakukan pemeriksaan terhadap pesakit Bidah Abdullah (terbaring) dan Hasmah Abdul Razak (duduk, tiga dari kiri) di Kampung Lepar Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang adik tabah menjaga ibu yang lumpuh akibat angin ahmar dan kakak yang kudung kaki hingga paras paha akibat kencing manis serentak sejak tujuh tahun lalu di Kampung Lepar Limbat, Pasir Tumboh, di sini.

Halimah Abdul Razak, 46, berkata, ibunya, Bidah Abdullah, 76, tidak mampu berjalan dan hanya terbaring dan perlu dipakaikan lampin pakai buang ekoran keadaannya itu.

Kakaknya pula, Hasmah Abdul Razak, 64, yang kudung dua belah kaki akibat dipotong kerana kencing manis dan turut mengalami bengkak di leher akibat tirod dan hanya mampu mengesot.

Katanya, setakat ini keduanya perlu dijaga rapi ekoran keadaan mereka itu yang tidak mampu menguruskan diri.

Halimah berkata, bagi menguruskan dua warga emas yang sakit dalam satu masa bukanlah tugas mudah namun dia bersyukur turut dibantu suami, abang sulung dan anak tunggalnya ketika waktu mereka tidak bekerja dan mempunyai waktu terluang.

“Bagi menambah punca pendapatan, saya turut menjual goreng pisang pada hari biasa ketika waktu petang dan pada bulan Ramadan ini, saya menjual makanan panas di bazar.

“Apabila saya keluar berniaga, saya akan bergilir dengan anak, Nursumaya Najiha Fauzul, 26, untuk menjaga ibu dan kakak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya Kampung Lepar Limbat, Pasir Tumboh.

Terdahulu keluarga terbabit dikunjungi Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Peringat, Wan Azizi Wan Ab. Ghani bersama doktor, pembantu kesihatan dan jururawat bagi memberi tunjuk ajar mengenai cara dan panduan menguruskan pesakit kronik dan terlantar.

Halimah berkata, setakat ini, kedua-dua warga emas itu menerima RM500 setiap seorang bagi bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan melalui akaun Bidah Abdullah di nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03014-41-00010123-5.

“Perbelanjaan harian setakat ini saya dan suami yang tanggung dan kami juga turut berjimat bagi menanggung keluarga dan membeli keperluan harian.

“Buat masa saya ini mengharapkan jika ada pihak yang dapat membantu mendapatkan katil pesakit bagi memudahkan dia untuk menyuap susu khas dan makanan kepada ibunya, ini memandangkan warga emas itu hanya tidur di atas tilam nipis beralaskan cadar.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan melalui akaun Bidah Abdullah di nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03014-41-00010123-5. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya