Tiada bukti sabotaj dalam tragedi Double Six - Utusan Malaysia

Tiada bukti sabotaj dalam tragedi Double Six

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada bukti sabotaj, kebakaran atau letupan.

Demikian laporan pasukan penyiasat tragedi ‘Double Six’ yang dinyahklasifikasi hari ini berhubung siasatan terhadap punca pesawat terhempas pada 1976, yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain.

Pasukan penyiasat mendedahkan pesawat itu diselenggara mengikut jadual, selain melakukan penerbangan dengan had berat yang dibenarkan.

Jelas laporan itu, bagaimanapun kedudukan pusat graviti pesawat di luar had buritan kapal dan ia jelas bahawa prosedur operasi yang dijalankan oleh juruterbang syarikat itu tidak mengikut standard profesional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN