Tandas IPD Shah Alam terbakar - Utusan Malaysia

Tandas IPD Shah Alam terbakar

IPD Shah Alam
PASUKAN bomba memeriksa bahagian tandas yang terbakar dekat IPD Shah Alam di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tandas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dekat Seksyen 9, di sini, dilapor mengalami kebakaran akibat litar pintas dalam satu kejadian pada tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.16 dan tiba bersama sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, enam minit kemudian.

“Semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan litar pintas di tingkat 1 IPD Shah Alam Bangunan tiga tingkat  kelas A. Kebakaran berlaku di dalam tandas berkeluasan 10×10 kp terbakar satu peratus. Tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya