Tambak laut: Kerajaan Pusat tidak endahkan bantahan penduduk - Utusan Malaysia

Tambak laut: Kerajaan Pusat tidak endahkan bantahan penduduk

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek penambakan Penang South Island (PSI) menunjukkan Kerajaan Pusat tidak mengendahkan suara rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah projek tersebut.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong berkata, pihaknya amat kecewa dengan perkembangan terkini projek PSI itu dan bimbang dengan bencana pada masa depan kepada rakyat akibat projek tersebut.

Menurut beliau, projek tebus guna tanah di bahagian selatan Pulau Pinang itu hamya akan menguntungkan pemaju yang menyertai projek tersebut.

”Bagaimanapun kehidupan penduduk setempat terutama nelayan yang turun ke laut untuk mencari rezeki akan terjejas.

”Projek tebus guna tanah ini akan merosakkan alam semula jadi secara serius dan menjejaskan ekologi marin, ia adalah projek yang boleh membawa malapetaka kepada penduduk setempat dan penduduk Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

PenMutiara akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga JAS berhubung kelulusan EIA yang diberikan kepada projek tambak laut PSI.

Projek PSI atau dahulunya dikenali sebagai projek tambakan laut selatan (PSR) merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2019 pernah membuat kenyataan menentang penambakan di bahagian selatan Pulau Pinang berkenaan.

”Sehubungan itu, Anwar harus berdiri tegas dan perlu campur tangan sebagai Perdana Menteri untuk membatalkan projek PSI ini bagi mengelakkan ia merosakkan ekologi semula jadi dan menjejaskan mata pencarian nelayan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya