Penangguhan pemilihan Gerakan bukan perkara luar biasa

Penangguhan pemilihan Gerakan bukan perkara luar biasa

DOMINIC Lau Hoe Chai bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Parti ke-58 di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penangguhan pemilihan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bukanlah satu perkara di luar kebiasaan, malah pernah dilaksanakan sebelum ini.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, langkah tersebut juga selaras dengan peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan keputusan sedemikian dibuat oleh kepemimpinan Pusat.

Katanya, perlembagaan parti turut memperuntukkan bahawa pemilihan boleh ditangguhkan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan ahli.

“Apabila ada pemilihan, memang akan berlaku pertandingan dan perbezaan pendapat yang boleh membawa kepada perpecahan.

“Jika parti berpecah, ia akan menjejaskan kesiapsiagaan kita untuk menghadapi pilihan raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Parti ke-58 di Menara PGRM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic berkata, perkara serupa pernah berlaku ketika Gerakan di bawah pimpinan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Selain mengelakkan perpecahan, beliau berkata, penangguhan itu juga bertujuan memberi keutamaan kepada usaha mendapatkan mandat rakyat dalam pilihan raya.

“Jika kita tidak mendapat mandat daripada rakyat, kita bukan sesiapa. 

“Sebab itulah, walaupun pemilihan parti itu penting, keutamaan tetap diberikan kepada kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN