Sultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani 

Sultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani 

SULTAN SALLEHUDDIN SULTAN BADLISHAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah, esok.

Majlis itu akan diadakan bermula 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.

FAHMI FADZIL

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan baginda yang sudi mencemar duli menghadiri majlis itu. 

“Keberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani. 

“Ini sekali gus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menjemput orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama beliau di enam lokasi bermula di Kedah esok. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya