Pemain muda 'aset utama' Harimau Malaya

Pemain muda ‘aset utama’ Harimau Malaya

Peter Cklamovski
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain berusia 20 hingga 24 tahun menjadi aset utama dan pelan jangka panjang skuad kebangsaan bagi merealisasikan impian Malaysia bermain di Piala Dunia 2030.

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengakui perancangan jangka pendek adalah membawa skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2027 dan misi itu bukan mudah tetapi tidak mustahil.

“Sasaran jangka pendek kita adalah Piala Asia dan layak ke peringkat seterusnya. Itu fokus jangka pendek kita sekarang. Kami beri perhatian penuh terhadap perkara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan semestinya kita perlu menewaskan Vietnam dan muncul juara kumpulan. itu satu cabaran besar untuk kita, bukan mudah tapi bukan juga mustahil. Kita boleh lakukannya,” katanya dalam satu program stesen televisyen swasta.

Skuad Harimau Malaya kini berkongsi tiga mata bersama Vietnam dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 namun kedudukan berbeza kerana kelebihan jumlah gol dimiliki skuad Naga Emas.

Pengendali Australia itu kini fokus mempersiapkan Harimau Malaya untuk aksi kedua kelayakan Kumpulan F Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini.

Dalam pada itu, Cklamovski memasang impian membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia dengan meletakkan tanggungjawab kepada pemain berusia 20 hingga 24 tahun yang bakal memastikan Malaysia berada di kejohanan berprestij dunia itu pada tahun 2030.

“Kalau kita rancang lebih jauh ke depan, saya mahu membawa pasukan ini ke Piala Dunia buat pertama kali. Saya mahu negara ini merasai pengalaman beraksi di Piala Dunia 2030,ia lima tahun dari sekarang.

“Kalau lihat skuad sekarang ada pemain yang akan mencecah umur 31,32,33 tahun. Skuad ini mungkin akan menjadi agak berusia. Jadi mesti ada fasa peralihan untuk bawa masuk bakat muda. 

“Dari mana datangnya bakat itu? Sekarang ia datang daripada pemain berusia 20 hingga 24 tahun, golongan umur begini akan berada di kemuncak prestasi mereka dalam masa lima tahun. Saya sangat peka tentang itu, saya tidak akan beri peluang sewenang-wenangnya tapi mesti ada fokus untuk membimbing pasukan kebangsaan supaya terus berkembang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini