Kelantan Darul Naim FC bertukar milik?  

Kelantan Darul Naim FC bertukar milik?  

Pasukan Kelantan Darul Naim berpeluang kekal dalam kancah Liga Malaysia sekiranya urusan pemindahan kepada pemilik baharu berjaya dimuktamadkan dan menyelesaikan semua masalah berbangkit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) dijangka kekal dalam saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) musim depan jika urusan pemindahan kepada pemilik baharu berjaya dimuktamadkan.

Mendedahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, penjualan itu merupakan usaha menyelamatkan pasukan tersebut daripada terkubur.

“Harga semasa pasukan dianggarkan berjumlah RM3 juta. Saya difahamkan individu yang membeli pasukan itu berminat dengan harga tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu majlis berkaitan perkara ini akan di buat oleh pengurusan tertinggi KDN FC dalam masa terdekat. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat,” katanya.

Sumber itu memberitahu, beliau berharap penjualan kelab bola sepak itu dapat melunaskan bayaran tunggakan gaji melibatkan barisan pemain KDN FC.

“Saya dukacita melihat apabila ada pemain yang terpaksa menebalkan muka meminjam wang, berniaga secara kecil-kecilan dan sebagainya untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas berdepan tunggakan gaji untuk tempoh masa panjang.

“Kepada pengurusan baharu, saya harap mereka tidak mengulangi kesilapan sebelum ini. Berilah yang terbaik kerana bola sepak adalah jiwa rakyat Kelantan,” ujarnya.

Sumber berkata, dia sudah tidak rela melihat KDN FC menjadi pasukan belasahan dalam saingan Liga M sekali gus mengulangi nasib The Red Warriors (TRW) sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini