Suami pula meninggal selepas makan ikan buntal 

Suami pula meninggal dunia selepas makan ikan buntal 

NG Chuan Sing (kanan) dan Lim Siew Guan (kiri) maut selepas keracunan memakan ikan buntal yang dimasak pada 25 Mac lalu. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 84 tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), di sini akibat keracunan selepas makan ikan buntal bersama isterinya, bulan lalu meninggal dunia hari ini.

Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, disahkan meninggal dunia pada pukul 6.10 pagi selepas 15 hari koma dan bertarung nyawa, setelah dilaporkan memakan ikan buntal menjadikan dua mangsa maut akibat memakan ikan sama.

Perkara itu disahkan anaknya, Ng Ai Lee, 51.

Terdahulu, isterinya, Lim Siew Guan, 83, maut selepas beberapa jam mereka menikmati ikan buntal goreng pada 25 Mac lalu.

Menurut Ai Lee, ibu bapanya yang menetap di Kampung Chamek, Paloh, Kluang membeli stok ikan buntal itu daripada seorang peniaga.

Katanya, mangsa membeli ikan itu menerusi dalam talian sebelum dihantar penjaja terbabit ke rumah mereka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya