Tiga pingat emas jadi sasaran wajib pasukan karate di Sukan SEA

Tiga pingat emas jadi sasaran wajib pasukan karate di Sukan SEA

NUR Azmi Ahmad pada sidang akhbar selepas Majlis Pembukaan Kejohanan WKF Karate 1-Series A Kuala Lumpur 2025 di N9 Arena, Nilai, Seremban hari ini. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) menetapkan sasaran wajib tiga pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand.

Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, sebubungan itu Kejohanan WKF Karate 1-Series A Kuala Lumpur 2025 di N9 Arena, Nilai menjadi medan utama menguji kekuatan pasukan negara.

“Untuk Sukan SEA, tiga pingat emas adalah realistik dan wajib dicapai. Selainnya kami akan mempersiapkan persiapan daripada segi teknikal dan taktikal.

“Kenapa saya yakin adalah kerana kami percaya konsistensi atlet dalam kejohanan Asia serta dunia sebelum ini yang akan menjadi sandaran utama,” katanya kepada pemberita. pada Majlis Pembukaan Kejohanan WKF Karate 1-Series A Kuala Lumpur 2025 di N9 Arena, Nilai, di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenaan menyempurnakan majlis pembukaan kejohanan berkenaan.

Yang turut hadir, Penaung Karate Malaysia merangkap Naib Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF), Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam. .

Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran kejohanan itu bukan sahaja sebagai medan persiapan ke Sukan SEA dan Sukan Asia 2026, malah membuktikan kemampuan Makaf menganjurkan kejohanan bertaraf dunia.

Seramai 1,080 atlet karate daripada 81 negara berentap pada kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Karate Dunia (WKF) de ngan menghimpunkan atlet elit dalam kategori Kumite dan Kata.

Edisi kali ini menyaksikan penyertaan lebih 96 atlet bagi setiap kategori Kumite serta 128 peserta dalam Kata yang menjanjikan saingan sengit bertaraf antarabangsa.

Siri Kuala Lumpur merupakan pusingan keempat dan terakhir WKF K1 Series A 2025 selepas Tbilisi (Georgia), Larnaca (Cyprus) dan Salzburg (Austria). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN