Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA

Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA

SULTAN Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand. - FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan semangat juang tinggi dipamerkan barisan atlet negara sepanjang berlangsungnya temasya berkenaan.

Seri Paduka Baginda juga berkenan menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN), barisan jurulatih, pegawai serta semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan kontinjen negara.

“Pencapaian ini juga menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan negara serta inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengorak langkah mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran Facebook hari ini

Temasya Sukan SEA 2025 yang melabuhkan tirai secara rasmi semalam menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat dengan mengutip 57 pingat emas, 57 perak dan 117 gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN