SPRM mungkin panggil Sivakumar bantu siasatan

SPRM mungkin panggil Sivakumar bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkaitan isu pengambilan pekerja asing tidak menolak kemungkinan anggota Kabinet itu turut akan dipanggil dalam masa terdekat.

Satu sumber mendedahkan, keperluan memanggil menteri itu bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai wang bernilai jutaan ringgit dipercayai diterima pegawai beliau.

Kata sumber itu, suspek yang direman dipercayai bertin­dak sebagai runner bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pe­kerja asing.

“Wang rasuah berkenaan di­percayai kemudiannya akan di­serahkan kepada menteri berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan ma­­sih dijalankan SPRM berhubung dakwaan tersebut,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut kata sumber itu, SPRM juga dipercayai telah mengesan dan mengenal pasti individu yang memberi wang berkenaan kepada pegawai terbabit untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, individu berkenaan juga telah direman bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek yang ditahan akan direman selama tujuh hari sejak semalam se­hingga 17 April ini.

“Siasatan yang dilakukan mengikut Akta SPRM bergantung kepada hasil keterangan,” jelasnya.

Sementara itu, Sivakumar mengesahkan SPRM telah me­nahan seorang pegawai kanan beliau ketika serbuan di kementerian itu di Putrajaya, pagi semalam.

“Saya maklum berkenaan penahanan pegawai daripada pejabat saya. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.

“Saya dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN