ARAU: Sepanjang dua minggu Ramadan, janaan sisa makanan di tapak pelupusan sampah sekitar Perlis meningkat sebanyak 12.9 tan metrik sehari atau jumlah 21.53 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Secara purata, sebanyak 0.384 tan metrik sisa makanan dibuang ke tapak pelupusan dalam masa sehari dan mampu menampung hampir 1,280 orang dengan hidangan seberat 300 gram. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, sisa makanan merupakan penyumbang…










