Sensasikan isu Rumah Terbuka Madani; PN tandus modal politik - Utusan Malaysia

Sensasikan isu Rumah Terbuka Madani; PN tandus modal politik

CHOW Kon Yeow (kanan) ketika melancarkan aplikasi Pearl-One Touch Penang di Dewan Bandaran, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Perikatan Nasional (PN) disifatkan seolah-olah kehabisan modal politik apabila sengaja memainkan isu Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri sebagai bahan serangan politik.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana beliau melihat isu berkaitan rumah terbuka itu dimainkan, malah ‘digoreng’ berhari-hari oleh pemimpin PN.

”Saya nampak laporan media bahawa Menteri Besar Kedah juga ada rumah terbuka, secara besar-besaran, ramai yang hadir, adakah itu untuk pancing undi?

”Kita bawa majlis (Rumah Terbuka Malaysia Madani) kepada rakyat sepatutnya ia dialu-alukan, PN nampaknya seperti sudah tidak ada modal, isu-isu seperti ini digoreng sampai berbulan, berhari-hari,” katanya ketika ditemui di Dewan Bandaran, di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow melancarkan aplikasi Pearl-One Touch Penang yang merupakan aplikasi mudah alih hiperlokal yang dibangunkan khusus oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama syarikat fintech tanah air, ManagePay Services Sdn. Bhd. (MPay).

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata, penganjuran rumah terbuka tersebut merupakan satu kesempatan di musim perayaan untuk pimpinan tertinggi negara bertemu rakyat.

”Ia juga tanda sokongan kepada Perdana Menteri dan tanda sokongan Perdana Menteri kepada negeri-negeri berkaitan,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya rumah terbuka berkenaan hanya dibuat di Putrajaya ramai yang mungkin tidak dapat hadir ke lokasi berkenaan.

”Jika di Putrajaya ia dapat menampung beberapa orang sahaja pada satu-satu waktu, malah mustahil orang Perlis mahu memandu kereta ke Putrajaya untuk majlis ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya