KETIBAAN Ramadan dan menjelangnya Syawal menyaksikan pusat-pusat beli-belah menyediakan pelbagai hiasan dan dekorasi bertemakan semangat Hari Raya.
Hiasan dengan tema yang unik bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan setahun sekali itu, malah menjadi latar kepada pengunjung untuk merakam gambar kenangan sambil membeli baju raya. – UTUSAN