Rumah Terbuka Madani: Kerajaan sedia bas percuma di 4 lokasi 

Rumah Terbuka Madani di Kedah: Kerajaan sedia bas percuma di 4 lokasi 

STADIUM Sultan Abdul Halim antara salah satu lokasi perhentian bas percuma untuk orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani pada Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma di empat buah lokasi bagi memudahkan orang awam khususnya warga Kedah untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri yang akan berlangsung Sabtu ini. 

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), empat buah lokasi itu membabitkan Stadium Sultan Abdul Halim, Stadium Darul Aman, Tapak Pasar Malam, Taman Mahsuri, Jitra dan tapak parkir Kolej Tentera Udara Kepala Batas. 

“Pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di lokasi menaiki bas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Majlis Rumah Terbuka ini, sila layari laman sesawang www.malaysiamadani.gov.my dan media sosial rasmi JPM,” menurut hantaran di Facebook. 

Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan dimulakan di Kedah yang diadakan di Hotel Raia di Alor Setar dari 10 pagi hingga 2 petang sebelum ke lima negeri lain. 

Selepas itu, program rumah terbuka itu diteruskan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Mei dan Dewan Majlis Bandaraya Seremban di Negeri Sembilan pada keesokan harinya. 

Bagi penganjuran di Kelantan, ia akan diadakan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 12 Mei manakala acara di Terengganu berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu pada 13 Mei. 

Kemuncak sambutan rumah terbuka pula berlangsung di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada 14 Mei dari pukul 8 malam hingga pukul 11 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya