‘Ribut membadai, hampir cabut pokok durian Musang King’ - Utusan Malaysia

‘Ribut membadai, hampir cabut pokok durian Musang King’

BASIRAN Jamsari menunjukkan bumbung dan atap zink yang rosak akibat ribut di Felda Kota Gelanggi 2 di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: “Saya menjengah keluar, ribut membadai dan pokok durian Musang King di belakang rumah hampir tercabut, kemudiannya disusuli bunyi yang kuat di bahagian bumbung rumah”.

Demikian jelas Mohd. Fazli Sulaiman, 55, me­ngenai kejadian ribut di Felda Kota Gelanggi 2 di sini kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fazli berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, dia seorang diri di rumah sedang minum petang dan tiba-tiba ribut melanda disusuli hujan lebat.

Menurutnya, dalam kejadian hampir 30 minit itu, lima keping atap di­terbangkan ribut kira-kira 20 meter dari rumah­nya manakala sebahagian bumbung kediaman itu yang baharu dibina turut tercabut.

Beliau bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan namun akibat kejadian itu dia terpaksa menyediakan peralatan binaan untuk memulihkan kediamannya yang rosak.

Seorang penduduk Felda Kota Gelanggi 4, Mohd. Nor Faizal Ramli berkata, ketika kejadian, dia dan keluarganya beraya di tempat lain dan hanya dimaklumkan oleh jiran.

“Saya bergegas pulang dan mendapati bahagian bumbung rumah dan beberapa ke­ping atap diterbangkan ­angin.

“Ketika berziarah di rumah rakan, saya sudah menjangkakan bencana ini akan berlaku memandangkan cuaca yang agak buruk,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya