PRN: PH yakin projek tambak laut PSI tidak akan jejaskan sokongan pengundi - Utusan Malaysia

PRN: PH yakin projek tambak laut PSI tidak akan jejaskan sokongan pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yakin projek Penang South Island (PSI) yang baru sahaja menerima kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap gabungan tersebut menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kemenangan besar PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan PRU-15 termasuk di kawasan tapak projek PSI itu menunjukkan rakyat menyokong projek dan gabungan tersebut.

”Projek PSI ini mula diperkenalkan pada 2013 dan pada PRU-14 serta PRU-15, projek PSI ini turut diumumkan kepada rakyat secara terbuka supaya mereka boleh menyatakan pendirian.

”Dalam pilihan raya tersebut kita menang besar dan kita turut menang di kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri dan Parlimen) termasuk di kawasan tapak projek PSI serta kawasan yang berada berhampiran dengannya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Projek PSI atau dahulunya dikenali sebagai projek tambakan laut selatan (PSR) merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Semalam, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada JAS.

Tambah Kon Yeow, projek PSI itu telah melalui perjalanan yang panjang dan kerajaan negeri amat telus dan terbuka mengenai apa sahaja kritikan mengenai projek tersebut.

Kata beliau, pihaknya juga tidak dapat menghalang mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempolitikkan isu berhubung PSI itu.

”Kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau kumpulan daripada mempolitikkan perkara ini.

“Kita sangat terbuka mengenai projek PSI ini, malah kita tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya