Pondok sempit tempat berteduh 3 beranak

Pondok sempit tempat berteduh 3 beranak, tidak pernah sambut raya

SITI Fatimah Awang Ngah menyikat rambut abangnya, Arul Awang Ngah sambil diperhatikan anak saudaranya, Zaharah (kiri) di kediaman mereka di Kampung Tembusu, Limbat, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketika umat Islam gembira menyambut Syawal tahun ini, tiga beranak di Kampung Tembusu, Limbat yang menghuni pondok sempit di sini, tidak pernah teruja malah hari-hari mereka dilalui seperti hari biasa tanpa juadah istimewa di pagi raya.

Itulah keadaan yang dirasai, Siti Fatimah Awang Ngah, 71, Arul Awang Ngah, 82, dan Zaharah Harun, 59, yang sudah terbiasa dengan keadaan itu memandangkan hanya mereka bertiga yang tinggal di dua pondok pusaka tinggalan keluarga sejak lebih 40 tahun lalu.

Siti Fatimah berkata, walaupun tidak sempurna kediaman orang lain, memandangkan dia tinggal di pondok seluas 10×10 yang reput dimakan anai-anai, manakala abang di sebelah rumah dengan pondok yang berkeluasan 20×20 dan baru sahaja dibaiki pihak perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun mereka bersyu­kur masih mempunyai tempat berteduh.

“Saya turut menjaga abang yang mengalami penyakit saraf, tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengesot, di samping anak saudara, Zaharah yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

“Mereka berdualah peneman saya, pada waktu susah dan se­nang, hanya kami bertigalah yang tanggung dan inilah kehidupan kami dan saya akan te­rus menjaga abang dan anak saudara saya ini walaupun kudrat tidak sekuat dulu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Kampung Tembusu Limbat di sini.

Menurut Siti Fatimah lagi, perbelanjaan harian mereka hanya mengharapkan simpati kejiranan dan bantuan bulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperolehi abangnya.

“Setakat ini, kami hanya makan apa yang ada dan berjimat-jimat. Kadangkala nasi berlaukkan budu dan ikan kering pun sudah memadai dan cukup bagi kami tiga beranak, kami tidak pernah sambut raya, asal ada makanan pun kami bersyukur.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN