Perak FC kecewa tindakan Teong Kim - Utusan Malaysia

Perak FC kecewa tindakan Teong Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC kecewa dengan insiden layanan buruk Ketua Jurulatih pasukan itu Datuk Lim Teong Kim terhadap petugas media semasa sidang akhbar selepas perlawanan Liga Super dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di sini Selasa lalu.

“Kami kecewa dengan cara Teong Kim melayani pihak media dan memandang serius kejadian ini.

“Saya mohon maaf kepada pihak media terhadap kejadian itu,” kata Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi .

Abdul Azim menegaskan, Perak FC menyokong penuh peranan pihak media dan memahami kecewaan dilalui mereka.

Sehubungan itu, satu inkuiri dalaman sedang dilancarkan dan jika perlu tindakan sewajarnya akan diambilbl terhadap yang berkenaan

Pengerusi Perak FC itu berkata, dalam perlawanan yang tinggi intensitinya itu, berlaku ketegangan dan berharap kejadian itu tidak akan berulang.

“Biarlah ini yang pertama dan terakhir,  kita lupakan apa yang berlaku dan bina jambatan baharu,” katanya.

Beliau berharap pihak media akan terus memberi liputan kepada pasukan itu seperti sebelum ini

Susulan insiden itu, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menghantar nota bantahan meluahkan rasa kecewa dengan cara pengendali tuan rumah itu, Teong Kim ketika menjawab soalan wartawan.

Teong Kim didakwa bersikap ‘acuh tak acuh’ dalam menjawab dua soalan mudah penolong penerbit siaran langsung itu.

Teong Kim membuat isyarat seolah-olah tidak dengar pertanyaan tersebut sebanyak tiga kali sebelum menjawab dengan meminta penolong penerbit siaran langsung itu membuat penilaian sendiri daripada apa yang disaksikan sepanjang perlawanan, dakwa Presiden SAM, Norismadi Abdul Manap dalam satu kenyataan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya