KUALA LUMPUR: Penyatuan parti-parti Melayu adalah tidak lagi nyata dan sengaja dibangkitkan untuk menakutkan rakyat terutamanya bangsa Melayu. Pensyarah Kanan Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, konsep penyatuan Melayu kini telah disalah erti dan ‘ditunggang’ ahli politik. “Orang Melayu masih bersatu. Tidak pula mereka berpecah-belah sehingga menyebabkan negara kacau-bilau. Parti-parti politik Melayu yang tidak bersama dan itu tidak menjadi masalah kerana…