PUTRAJAYA: Pasukan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan akan mengemukakan permohonan semakan kali kedua selepas Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadapnya kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.. Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, penghakiman yang dilihat bertentangan oleh Datuk Abdul Rahman Sebli dengan tiga hakim yang bersidang telah…