Penagih dadah ditahan bantu siasatan kes rogol - Utusan Malaysia

Penagih dadah ditahan bantu siasatan kes rogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penagih dadah tegar ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita di sebuah rumah di Fair Park di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan selepas mangsa ditemukan orang awam di tepi Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park pada pukul 9.15 pagi.

Katanya, ketika dijumpai, mangsa dalam keadaan trauma, menangis dan luka di kaki.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Senam telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kepada mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa warga tempatan berusia 38 tahun itu telah dirogol di rumahnya oleh suspek tidak dikenali.

“Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri setelah dirogol dan mengalami kecederaan di kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

Katanya, semakan rekod kesalahan lampau mendapati lelaki warga tempatan itu mempunyai beberapa rekod bersabit kes narkotik manakala ujian saringan air kencing pula positif dadah jenis methamphetamine.

“Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Pihak polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan ke atas suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.