Pemilihan semula: Yahya, Mohd. Hairi serah kepada pimpinan parti

Pemilihan semula: Yahya, Mohd. Hairi serah kepada pimpinan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua calon jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri untuk menetapkan tarikh dan lokasi pemilihan semula bahagian tersebut yang ditangguh dan digantung, sebelum ini.

Kedua-dua calon berkenaan, Datuk Yahya Jaafar dan Mohd. Hairi Mad Shah bersedia untuk sekali lagi bertanding dalam pemilihan semula berkenaan.

Yahya berharap proses itu dapat dijalankan secepat mungkin dalam suasana yang adil dan telus.

“Keputusan bila pemilihan semula terserah kepada kepimpinan tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin memberitahu belum dimaklumkan bila pemilihan semula bahagian tersebut akan diadakan.

“Saya serahkan kepada kepimpinan tertinggi parti, keputusan tarikh bila dan lokasinya saya tidak dimaklumkan lagi.

“Pada waktu ini fokus saya adalah sebagai wakil rakyat dan juga melaksanakan tugas-tugas rasmi selaku Exco kerajaan negeri,” katanya.

Pada 18 Mac lalu, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru, Azmi Samin dilaporkan berkata, pemilihan UMNO bahagian itu ditangguh dan digantung selepas berlaku pertambahan bilangan kertas undi melibatkan perwakilan yang hadir.

Difahamkan, pemilihan semula UMNO bahagian tersebut akan dikendalikan oleh Badan Perhubungan negeri. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN