Bunga pecah lapan ilham hasilkan kereta konsep Perodua C2

Bunga pecah lapan ilham hasilkan kereta konsep Perodua C2

ZAINAL Abidin Ahmad (empat dari kiri) memperkenalkan kereta konsep Perodua, C2 sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 di sini, semalam. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Motif hiasan tradisional Melayu, bunga pecah lapan menjadi ilham kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) untuk menghasilkan reka bentuk kereta konsep baharunya yang dinamakan Chapter 2 atau C2.

Ketua Pereka Bentuk Perodua, Noor Anzari Mohd. Nor berkata, ia merupakan salah satu usaha syarikat itu dalam mengetengahkan warisan Melayu yang canggih ke peringkat global.

“Sayang apabila banyak budaya Melayu yang sofistikated tidak diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Jadi, kita cuba terjemahkan semula corak prinsipal bunga pecah lapan itu kepada reka bentuk badan kereta. Itu merupakan salah satu elemen penting dalam menghasilkannya,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran C2 yang disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 di sini, semalam.

C2 adalah kereta konsep segmen B dilengkapi ciri bantuan pemanduan kecerdasan buatan (AI) seperti navigasi masa sebenar, lokasi stesen pengecasan, kemas kini trafik, ciri anticuri dipertingkat serta bantuan parkir kenderaan.

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, C2 mewakili gaya reka bentuk berbeza dilengkapi teknologi terbaharu serta dicipta oleh pereka muda dan berbakat yang mencerminkan visi Perodua terhadap masa depan EV.

“C2 adalah sebahagian daripada jalan cerita EV kami. Ia mengembangkan naratif buatan Malaysia untuk dunia seiring dengan usaha kami menambah baik pengalaman mobiliti untuk pelanggan kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN