Bateriku, CerminPro wujud peluang baharu ekonomi gig

Bateriku, CerminPro wujud peluang baharu ekonomi gig

AZAROL Faizi Ansari Zakaria (dua dari kiri) dan Azril Ezry Azami (dua dari kanan) selepas memeterai MoU di pejabat Bateriku di Shah Alam, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyedia bantuan tepi jalan, Bateriku (M) Sdn. Bhd.(Bateriku) dan pakar dalam penggantian cermin automotif, Cerminpro mengadakan kerjasama bagi mengintergrasi perkhidmatan automotif di samping mewujudkan peluang sosioekonomi baharu untuk ekonomi gig di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi Ansari Zakaria, melalui kerjasama dengan CerminPro, pihaknya bukan sahaja memberi bantuan kepada pelanggan, malah memastikan juruteknik gig terlibat mempunyai kemahiran dan peluang untuk mempelbagaikan sumber pendapatan mereka.

“Kerjasama ini juga membentuk ekosistem timbal balik di mana CerminPro akan mempromosi perkhidmatan penggantian bateri Astra di hampir 20 cawangannya di seluruh negara.

“Pada masa yang sama, Bateriku akan mengintegrasikan perkhidmatan khusus CerminPro ke dalam ekosistem digital dan fizikalnya yang luas, sekali gus memberikan pelanggan akses lancar kepada perkhidmatan pembaikan dan penggantian cermin kenderaan,”katanya pada majlis menandatangani Memorandum Kerjasama (MoU) di sini baru-baru ini.

Azarol Faizi berkata, MoU yang dimeterai itu pada asasnya mewakili kerjasama yang signifikan untuk merapatkan jurang antara perkhidmatan pembaikan cermin khusus dan bantuan tepi jalan secara umum.

Katanya lagi, dengan menggabungkan capaian seluruh negara Bateriku bersama kepakaran teknikal CerminPro, kerjasama tersebut menawarkan jaringan keselamatan yang lebih menyeluruh kepada para pemandu di Malaysia sambil menguji dan memperhalusi model operasi melalui pelancaran awal di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu Pengasas CerminPro, Azril Ezry Azami berkata, pihaknya sentiasa komited terhadap kebolehpercayaan dan kepantasan perkhidmatan yang diberikan kedua pihak kepada pelanggan.

Katanya lagi, dengan mempromosi bateri Astra di cawangan Cerminpro dan berhubung dengan ekosistem Bateriku, pihaknya menjadikan penjagaan automotif lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.

“Sama ada Perodua atau Ferrari, pelanggan kami kini mempunyai ketenangan fikiran tambahan kerana keperluan bateri mereka turun dilindungi bersama perkhidmatan utama cermin hadapan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN