MYSavefood Ramadan panduan pengurusan sisa makanan

MYSavefood Ramadan panduan pengurusan sisa makanan

ASFALIZA Ramli pada Majlis Pelancaran Kit Book MYSaveFood Ramadan di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kit MYSavefood Ramadan yang dilancarkan merupakan satu buku panduan tepat dan lengkap bagi orang ramai dalam melaksanakan program pengurusan sisa makanan di bazar Ramadan.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memaklumkan, buku itu menyediakan beberapa garis panduan yang memaparkan prosedur operasi standard (SOP) kerja mengendalikan makanan tidak terjual.

Ia membabitkan seperti aliran kerja sukarelawan di tapak projek, skop tugasan sukarelawan berdasarkan aliran kerja, skop tugasan ketua bazar, SOP bagi setiap proses dan cara penggunaan aplikasi projek.

“Pengalaman selama lapan tahun mengendalikan MYSaveFood Ramadan menjadikan buku panduan ini satu hub informasi lengkap untuk penganjur, ketua bazar dan juga para sukarelawan.

“Kit Book MYSavefood Ramadan merupakan buku panduan yang tepat dan lengkap bagi melaksanakan program Mysavefood di bazar Ramadan dengan lebih sistematik mengikut SOP yang ditetapkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Majlis Pelancaran buku itu disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr. Asfaliza Ramli di Bazar Ramadan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, projek MYSaveFood Ramadan merupakan satu inisiatif pengurusan sisa makanan di bazar Ramadan secara berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman yang tidak dijual oleh para peniaga.

“Justeru, objektif program ini adalah bagi membudayakan satu sistem pengurusan sisa makanan efektif di bazar Ramadan yang mudah direplikasi dalam usaha mengurangkan pembaziran sisa makanan berlaku dalam kalangan peniaga bazar Ramadan,” jelas kenyataan sama lagi.

Selain itu, usaha berkenaan juga membantu dalam mengurangkan penghasilan gas metana yang memberi kesan kepada pemanasan global.

Pada tahun ini, perancangan bagi program itu dapat dilakukan lebih sistematik dan jumlah penyertaan bazar dijangka meningkat memandangkan sambutan diterima oleh sukarelawan dan peniaga bazar adalah sangat menggalakkan.

“Justeru, pihak MYSaveFood bersama penganjur dan rakan strategik lain akan bersama-sama menggerakkan operasi program ini serta terlibat dalam pemberian sumbangan terutamanya daripada sudut kewangan, media, sukarelawan dan percetakan bahan program agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya