Mogok doktor kontrak: Operasi fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan berjalan lancar - Utusan Malaysia

Mogok doktor kontrak: Operasi fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan berjalan lancar

S. VEERAPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Operasi fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik kesihatan kerajaan di Negeri Sembilan berjalan seperti kebiasaan dan lancar disebalik rancangan mengadakan mogok dalam kalangan kumpulan doktor kontrak yang bermula hari ini sehingga Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima apa-apa laporan terdapatnya fasiliti kesihatan yang terjejas daripada segi operasi susulan rancangan tersebut.

“Setakat ini tiada desas desus terdapat pegawai perubatan kontrak yang terlibat dalam mogok ini, setakat ini keadaan semua fasiliti kesihatan di negeri ini adalah terkawal dan berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun, saya ada juga meminta pihak Pengarah Kesihatan negeri untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya berlaku mogok tersebut ia perlu diuruskan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, terdapat seramai 565 orang pegawai perubatan kontrak yang bertugas di negeri ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Mogok Doktor Malaysia yang berlangsung selama tiga hari ini bermula pagi ini akan menjejaskan operasi di hospital dan klinik kesihatan kerajaan sekiranya lebih 8,000 doktor kontrak tidak hadir bertugas.

Jurucakap Mogok Doktor Malaysia menjelaskan, tiada demonstrasi atau tunjuk perasaan akan diadakan, sebaliknya doktor kontrak tidak akan hadir bertugas iaitu merupakan satu-satunya tindakan mogok dijalankan pihaknya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid ketika dihubungi dalam pada itu turut memaklumkan operasi fasiliti kesihatan di negeri ini berada dalam keadaan baik namun langkah berjaga-jaga tetap diambil seperti yang telah disarankan.

Tinjauan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan beberapa buah klinik kesihatan di sekitar daerah ini juga mendapati operasi berjalan lancar tanpa sebarang masalah.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN