Melaka sasar 50 kapal persiaran mewah sempena TMM 2024

Melaka sasar 50 kapal persiaran mewah sempena TMM 2024

KAPAL persiaran Ms. Amadea dari Bahamas yang berlabuh di ICQS, Kota Laksamana, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 50 buah kapal persiaran mewah akan singgah berlabuh di perairan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ketibaan kapal-kapal tersebut dijangka membawa masuk kira-kira 25,000 pelancong.

Menurut beliau, ejen-ejen kapal persiaran diminta menghebahkan mengenai TMM kerana terdapat pelbagai program dan pakej percutian istimewa yang telah direncanakan.

“Walaupun Melaka tidak mempunyai jeti khusus untuk kapal persiaran berlabuh, tetapi kemudahan yang terdapat di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) sangat lengkap. Jadi tidak timbul masalah untuk kita menerima kehadiran pelancong.

“Kita menjangkakan sebanyak 40 kapal persiaran mewah akan berlabuh pada tahun ini dan 50 buah lagi pada tahun depan. Kapasiti setiap kapal biasanya membawa tidak kurang daripada 500 orang.

“Ejen-ejen diharapkan mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membawa lebih ramai pelancong daripada kapal persiaran bagi menikmati keindahan Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Meraikan Pelancong Kapal Persiaran di ICQS di sini, hari ini.

ABDUL RAZAK Abdul Rahman (dua dari kanan) bergambar bersama pelancong kapal persiaran Ms. Amadea di ICQS, Kota Laksamana, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Abdul Razak menyambut ketibaan 390 penumpang kapal persiaran Ms. Amadea dari Bahamas yang dalam perjalanan ke Singapura, Melaka dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Tambah Abdul Razak, beliau berharap para pelancong yang turun daripada kapal persiaran dapat bermalam di Melaka.

Katanya, jika tidak bermalam sekalipun, persinggahan selama 12 jam amat bermakna kepada sektor pelancongan negeri kerana mereka boleh menerokai pelbagai produk pelancongan.

“Kita mengharapkan mereka dapat bermalam di sini. Kita sedang berunding dengan pengusaha atau ejen kapal persiaran untuk memberi pakej-pakej istimewa sempena TMM kepada para pelancong,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya