MBPJ akan libatkan NGO, penduduk dalam operasi tangkap anjing

MBPJ akan libatkan NGO, penduduk dalam operasi tangkap anjing liar

petaling jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menjemput wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk untuk bersama-sama terlibat dalam operasi menangkap anjing liar bagi memastikan proses itu lebih telus.

MBPJ dalam kenyataan memberitahu, mereka juga akan memperkenalkan penggunaan kamera badan ketika operasi itu bagi merakam gambar semasa operasi  sebagai rekod oleh pegawai atasan kakitangan
berkenaan termasuk membabitkan pihak polis jika tahap risiko tinggi.

Ini adalah antara usaha MBPJ untuk manambah baik tata cara dan kaedah melaksanakan operasi menangkap anjing liar bagi mengelakkan insiden pergaduhan dengan orang awam ketika operasi daripada berulang.

MBPJ turut membuat siasatan dalaman dan jawatankuasa siasatan dalaman membuat pengesyoran untuk menambahbaik tatacara dan kaedah melaksanakan operasi menangkap anjing liar dengan cara pengenalan kepada tahap risiko sesuatu operasi bagi menentukan kaedah operasi yang akan dilaksanakan.

Menurut MBPJ, pada 25 Februari 2023 telah menerima aduan daripada orang awam bahawa beliau telah dikejar dan hampir digigit oleh anjing liar di Jalan 18/17, Taman Kanagapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya. Anjing liar di Jalan 18/17 ini turut mengancam pelajar-pelajar sekolah berdekatan (Sekolah Rendah Kebangsaan Petaling 1 & 2).

Sebelum berlakunya sebarang kecederaan, beliau memohon MBPJ untuk mengambil tindakan. Susulan daripada itu, operasi menangkap anjing liar di kawasan berkenaan telah dijalankan oleh Unit Kacau Ganggu, Jabatan
Perkhidmatan Kesihataran Dan Persekitaran MBPJ pada 6 Mac 2023, pukul 8 malam hingga pukul 10 malam di mana sebanyak enam ekor anjing liar berjaya ditangkap.

Pengadu yang sama sekali lagi membuat aduan pada 20 Mac 2023 di mana masih terdapat 6 hingga 8 ekor anjing liar yang masih berkeliaran di Jalan 18/17 dan dikhuatiri boleh mendatangkan kecederaan kerana musim
persekolahan telah bermula.

Menurut pengadu, anjing-anjing tersebut dijaga oleh seorang lelaki yang yang bekerja di sebuah syarikat di Jalan 18/17.

Sekali lagi operasi menangkap anjing liar di kawasan berkenaan dijalankan pada 22 Mac 2023, antara pukul 8 malam hingga pukul 10 malam di mana sebanyak empat ekor anjing liar berjaya ditangkap.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2020 hingga Mac 2023, sebanyak 16 aduan anjing liar di kawasan Taman Kanagapuram, Seksyen 18, Petaling Jaya telah diterima oleh MBPJ dan disusuli dengan tindakan 12 kali operasi melibatkan 39 ekor anjing liar telah berjaya ditangkap.

Masalah gangguan anjing liar tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditangani segera khususnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Selain daripada menganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising apabila sering
bergaduh dan menyalak pada waktu malam, membuang najis merata-rata dan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan hingga mengotorkan kawasan persekitaran, anjing liar juga boleh mengancam keselamatan dan kesihatan orang awam terutama kanak-kanak.

Selain daripada kucing liar, kelawar dan monyet, anjing liar merupakan agen utama pembawa Virus Rabies atau Anjing Gila. Gigitan anjing liar yang dijangkiti Virus Rabies kepada manusia boleh menyebabkan penyakit sistem saraf (neurologi) kronik yang boleh membawa maut kerana virus ini akan menyerang otot, sekali gus menyukarkan penafasan dan menjejaskan fungsi otak.

Oleh yang demikian, operasi penangkapan anjing liar perlu segera dilaksanakan oleh PBT sebagai langkah berjaga-jaga membendung jangkitan Virus Rabies atau Anjing Gila sebelum merebak menjadi wabak penyakit yang sukar dikawal.

Berhubung dengan operasi menangkap anjing liar yang dijalankan pada 22 Mac 2023, telah tular keratan video di media sosial berkaitan insiden kekasaran dan pergelutan melibatkan anggota MBPJ dengan orang awam.

MBPJ telah menyerahkan kes itu kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan yang lebih telus dan MBPJ tidak akan melindungi anggota terlibat dari sebarang salah laku.

Berdasarkan maklum balas rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bertarikh 9 April 2023, satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu yang mendakwa anggota MBPJ telah mencederakan pengadu semasa tangkapan anjing liar pada 22 Mac 2023.

Satu kertas siasatan telah dibuka oleh Pegawai Penyiasat di bawah Seksyen 324/186 Kanun Keseksaan. Pada 29 Mac 2023 kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan arahan tuduh seorang individu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang anggota MBPJ daripada menjalankan tugasnya iaitu menangkap anjing liar yang dilaporkan oleh orang awam.

Pengadu telah dituduh pada 31 Mac 2023 di Mahkamah Petaling Jaya. Manakala, tiada pertuduhan terhadap anggota MBPJ kerana alat penangkap anjing terkena muka pengadu dengan tidak sengaja semasa pergelutan berlaku.

Selain daripada menyerahkan kes ini kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk disiasat dan diambil tindakan mengikut Undang-Undang, – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.