Masjid An-Nur Saujana Utama terima zakat RM8,000

Masjid An-Nur Saujana Utama terima zakat RM8,000

FATEH Iskandar Mohamed Mansor (kiri) menyerahkan zakat perniagaan untuk Masjid An-Nur, Saujana Utama kepada Mohd. Radzi Mohd. Zin di pejabatnya di Damansara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pemaju terkemuka tempatan, Glomac Berhad (Glomac) menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM8,000 kepada Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Ia disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor kepada Imam 1 MAN, Mohd. Radzi Mohd. Zin.

Daripada jumlah itu, RM4,000 adalah zakat perniagaan Glomac manakala bakinya adalah zakat perniagaan Fateh Iskandar.

“Ini adalah kewajipan kami setiap tahun dan diberikan kepada masjid-masjid di bawah projek perumahan Glomac secara bergilir-gilir,” katanya.

Bandar Saujana Utama seluas kira-kira 445 hektar dibangunkan oleh Glomac sebagai kawasan perbandaran moden sejak 1995.

Glomac mencatatkan hasil kumpulan sebanyak RM209.9 juta, peningkatan 13 peratus untuk sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 April 2023 (9B TK2023), berbanding RM185.9 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama TK2022.

Sementara itu, Mohd. Radzi mengalu-alukan penyerahan zakat itu dan memberitahu ia akan dimanfaatkan untuk mengisi Tabung Dana Wakaf Pembinaan masjid baharu yang dilancarkan pada 27 Mac 2022.

Beliau berkata, dana berjumlah RM7.9 juta diperlukan bagi pembinaan baharu Masjid An-Nur bagi menampung pertambahan penduduk di Saujana Utama.

Katanya, masjid pertama yang dibina di kawasan perumahan itu pada 2003 kini semakin uzur dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.

“Saya mewakili Nazir dan seluruh ahli jawatankuasa masjid mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Datuk Seri dan Glomac membantu MAN,” tambahnya.

Orang ramai boleh membantu dengan menyumbang ke akaun Bank Islam nombor 140 140 10111 399 atas nama Masjid An-Nur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya