Mas Ermieyati mahu prosiding PAC dibuka kepada awam

Mas Ermieyati mahu prosiding PAC dibuka kepada awam

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin yang dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membuat permohonan supaya prosiding PAC dapat dijalankan secara terbuka.

Beliau berkata, permohonan itu akan dibuat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selaku Pengerusi Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat untuk meminda Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ia memperuntukkan tidak membenarkan mesyuarat prosiding PAC dilakukan secara terbuka.

“Kami percaya bahawa prosiding PAC wajar dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua prosiding dijalankan secara telus, berakauntabiliti dan berkredibiliti seiring dengan agenda reformasi institusi yang menjadi fokus utama kerajaan pada masa kini.

“Saya dan Wong Shu Qi (Naib Pengerusi) juga bersetuju supaya mengadakan lawatan kerja ke limbungan Kapal Boustead Heavy Industries Corp (BHIC) di Lumut, Perak bagi mengetahui perkembangan terkini kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sepatutnya dilaporkan tempoh setiap tiga bulan kepada PAC sebagai tugas pertama PAC Parlimen ke 15,” katanya dalam kenyataan bersama Naib Pengerusi PAC, Wong Shu Qi.

Mas Ermieyati tengahari tadi sah dipilih sebagai Pengerusi PAC yang baharu.

Johari berkata, keputusan itu dibuat selepas lebih suara ahli Parlimen bersetuju setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Mas Ermieyati dilantik ke dalam jawatan itu.

Menerusi pelantikan tersebut, ia menyaksikan dasar pelantikan pengerusi PAC dalam kalangan pembangkang di Dewan Rakyat diteruskan.

PAC ialah jawatankuasa Parlimen yang dibentuk untuk meneliti laporan daripada Ketua Audit Negara dan meneliti kewangan kerajaan serta wang yang diperuntukkan oleh Parlimen untuk perbelanjaan awam.
Ia akan dianggotai antara enam hingga 12 ahli yang akan dicalon oleh jawatankuasa pemilihan yang akan ditubuhkan.

PAC mempunyai kuasa untuk memanggil menteri, orang awam, penjawat awam dan pegawai lain ke jawatankuasa itu untuk disoal siasat selain membuat susulan terhadap penemuan audit awam.

Sebelum pembubaran Parlimen ke-14, Pengerusi PAC disandang oleh bekas Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh.

Beliau yang kini ahli Parlimen Taiping bertanggungjawab dalam melengkapkan laporan siasatan projek LCS yang gagal disiapkan meskipun kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion.

Kah Woh sebelum ini pernah menggesa supaya PAC perlu dijalankan secara terbuka seperti perbahasan di Parlimen yang boleh disaksikan semua pihak termasuk orang awam.

Katanya, peraturan mesyuarat yang sedia ada tidak mewajibkan laporan-laporan berkenaan dibahas, dan kebanyakan masa laporan yang dibentang hanya sekadar dokumen yang diletak di atas meja ahli-ahli Parlimen malah tidak diberi perhatian lanjut.

“Memang di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat, usul berkenaan dengan perbahasan laporan-laporan berkenaan boleh dimasukkan oleh ahli Dewan Rakyat, termasuklah Pengerusi PAC dalam kapasitinya sebagai Ahli Dewan.

“Tetapi, ia akhirnya bergantung kepada budi bicara kerajaan dan speaker. Jadi, di manakah autonomi PAC sekiranya setiap kali permintaan untuk perbahasan adalah bergantung kepada mereka?” soal Kah Woh sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.