MAIPS salur RM4,475,600 bantuan zakat fitrah, manfaatkan lebih 11,000 asnaf - Utusan Malaysia

MAIPS salur RM4,475,600 bantuan zakat fitrah, manfaatkan lebih 11,000 asnaf

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mendengar Pembentangan Pencapaian MAIPs Tahun 2022’ yang disampaikan oleh Mohd Nazim Mohd Noor di Kuala Lumpur baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan zakat fitrah berjumlah RM4,475,600 bagi tahun 2023.

Sumbangan berkenaan disalurkan kepada 11,189 penerima dalam kalangan asnaf fakir miskin membabitkan 102 kariah masjid seluruh negeri ini.

Pelancaran penyampaian sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah MAIPs di ibu negara baru-baru ini.

Majlis berkenaan merupakan acara tahunan anjuran MAIPs sebagai satu medium interaksi bagi menghimpunkan pelbagai tokoh dalam memberikan sumbang saran terhadap prestasi dan pencapaian MAIPs.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi anakanda-anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah; Sharifah Farah Adriana serta Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ketika bertitah pada majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan semua agar setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh MAIPs hendaklah sentiasa ‘membumi’ atau dalam erti kata lain realistik dan menepati keperluan yang dihasratkan oleh rakyat.

Baginda turut bertitah agar MAIPs sentiasa bersedia dengan dinamika kehidupan rakyat masa kini serta sentiasa mengambil pendekatan yang relevan, progresif dan berorientasikan hasil; dengan mengekalkan teras ajaran agama, bertunjangkan prinsip al-Quran dan As-Sunnah.

Terdahulu daripada itu dilaksanakan sesi ‘Pembentangan Pencapaian MAIPs Tahun 2022’ yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.