Lelaki maut kemalangan, tidak sempat beli baju raya - Utusan Malaysia

Lelaki maut kemalangan, tidak sempat beli baju raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Hasrat empat sahabat keluar membeli baju raya  tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 325.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Plaza Tol Kerteh, di sini, petang semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang, Mohamad Fakhrul Alias, 32, yang berasal dari Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian dada. 

Tiga rakannya iaitu Affizie Mohd., 36, Azuan Rossi Mohd., 29, dan Muhammad Aqilfikri Azamani@ Azman, tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Honda City yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan di lorong kanan lebuh raya, tiba-tiba hilang kawalan. 

“Kenderaan itu telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan serta berpusing melanggar besi penghadang jalan. 

“Berikutan pelanggaran tersebut, mangsa yang terhentak pada steering kenderaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya