Larry Yang tulis Ride On kerana Jackie Chan - Utusan Malaysia

Larry Yang tulis Ride On kerana Jackie Chan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Minat mendalam terhadap Jackie Chan menjadi antara faktor yang mendorong Larry Yang untuk menulis dan mengarahkan filem terbaru, Ride On.

Kata Larry, filem bergenre komedi aksi itu merupakan penghormatan besar kepada Jackie yang diidolakannya sekian lama.

“Filem ini menceritakan kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri bernama Luo yang dilakonkan Jackie.

“Luo terpaksa meminta pertolongan anaknya, Bao dan teman lelakinya, Mickey untuk melarikan diri daripada ancaman pemungut hutang yang cuba melelong kuda peliharaan mereka bernama Red Hare.

“Ini adalah penghormatan besar buat idola saya iaitu Jackie yang mendapat jolokan bintang aksi lasak terakhir,” ujarnya.

Ride On yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara semalam turut dibintangi Liu Haocun dan Kevin Guo.

Filem tersebut mengembalikan kegemilangan filem-filem Jackie yang ikonik yang menampilkan koreografi aksi hebat yang menyerupai filem asal.

Kelainan filem ini juga adalah apabila ia menampilkan watak haiwan, Red Hare sebagai antara karakter yang penting.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN