Laluan CSR dipenuhi sampah orang ramai balik kampung - Utusan Malaysia

Laluan CSR dipenuhi sampah orang ramai balik kampung

PETUGAS kebersihan Jabatan Kerja Raya (JKR) membersihkan sampah di laluan selepas jalan pintasan masuk ke Lingkaran Tengah Utama (LTU), Jalan Lipis - Merapoh berdekatan Kechau Tui di Lipis kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seolah-olah satu ‘penyakit’ bermusim apabila laluan utama Central Spine Road (CSR) atau Lingkaran Tengah Utama (LTU), Jalan Lipis ke Merapoh di sini selalu dipenuhi sampah setiap kali menjelang musim raya.

Suasana itu mula kelihatan apabila banyak sampah mula ditemui di tepi jalan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Fenomena sampah dibuang di tepi laluan LTU Jalan Lipis-Merapoh tidak berubah dan dikhuatiri akan berlaku sampai bila-bila.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Kechau, Ismail Abdullah, 45, berkata, dalam tempoh dua minggu iaitu sebelum dan selepas raya laluan tersebut akan sibuk sekali gus pemandangan yang bersih akan berubah kotor.

“Saya sudah ‘hadam’ dengan keadaan kekotoran di laluan Lipis-Merapoh sejak ia dibuka lebih 10 tahun lalu akan berlaku setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah.

“Bukan semua pengguna membuang sampah, namun cuma segelintir sahaja yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dari tingkap kenderaan dan berhenti makan di tempat tertentu,” katanya di sini semalam.

Kata Ismail, seeloknya pihak berwajib membina sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi membolehkan pengguna jalan berhenti rehat, solat dan bersantai termasuk makan minum sebelum menyambung perjalanan ke destinasi masing-masing.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, beliau kecewa dengan tindakan pengguna yang membuang sampah di tepi laluan terbabit.

“Saya terkilan kerana pembuang sampah tiada perasaan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan. Adakah ini hadiah yang ditinggalkan untuk orang Lepeh (Lipis)?,” soalnya dalam hantaran di Facebook semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×