Kerajaan negeri pertimbang Rumah Selangorku kepada Kampung Koskan Tambahan - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri pertimbang Rumah Selangorku kepada Kampung Koskan Tambahan

Penduduk kampung
SEKUMPULAN penduduk Kampung Koskan Tambahan, Serendah di Batang Kali mengadakan perhimpunan aman memohon kerajaan negeri membela nasib mereka selepas diusir, dekat hadapan Bangunan SSAAS di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pertimbang beri Rumah Selangorku kepada penduduk Kampung Koskan Tambahan, Rawang yang diminta mengosongkan kawasan tersebut, pada 2 Mei ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pertimbangan tersebut dibuat kerajaan negeri kerana prihatin dengan nasib yang bakal dialami oleh penduduk kawasan tersebut yang tinggal di kawasan rizab sungai.

“Berapa yang akan dapat rumah itu kena ikut fakta dan maklumat yang diperoleh oleh wakil kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri juga bersedia menjadi perantara kepada penduduk dan wakil syarikat supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Shah Alam, semalam.

Utusan Malaysia pada Khamis lalu melaporkan lebih 60 penduduk kawasan tersebut menerima notis pengusiran rumah daripada pihak mahkamah pada Sabtu lalu yang dikeluarkan bagi membolehkan sebuah syarikat yang diberikan hak bagi kawasan tanah rizab itu untuk membina sebuah loji.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan, kerajaan negeri memaklumkan sebahagian kawasan yang diduduki penduduk kampung sudah pun mempunyai pemilik sejak 133 tahun dan sebahagian lagi adalah dalam kawasan rizab sungai.

“Kerajaan negeri menetapkan dasar jelas iaitu kawasan rizab sungai tidak boleh diberikan (kepada sesiapa) kerana kecuai untuk pembinaan kolam tebatan banjir. Manakala sebahagian lagi kawasan yang dimaksudkan mereka adalah tanah milik persendirian dimiliki pada 1892.

“Sebelum ini pun, syarikat pemaju berkenaan pernah menawarkan pakej penyelesaian dan ada sebahagian penduduk menerimanya dan sebahagian yang menolak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya