HULU SELANGOR: Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Bharu.
Keputusan tersebut diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam Majlis Pengumuman Calon di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan berkenaan sebentar tadi.
Sock Tao akan mempertahankan kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lepas oleh Mendiang Lee Kee Hiong sebelum beliau meninggal dunia pada 21 Mac lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.
Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – UTUSAN
Berita lanjut menyusul










