‘Kerajaan jangan hanya ketawa bila harga minyak sawit naik’

Parlimen: ‘Kerajaan jangan hanya tumpang ketawa bersama bila harga minyak sawit naik’

KERAJAAN digesa menyediakan dana khas bagi membantu pengusaha kelapa sawit yang layak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan kutipan cukai kelapa sawit memberi keuntungan kepada negara, kerajaan seharusnya lebih prihatin terhadap pengusaha kelapa sawit dengan memberi dana dan peruntukan yang lebih kepada golongan yang layak.

Perkara itu dinyatakan Senator Rita Sarimah Patrick Insol ketika membahaskan Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 di Dewan Negara, hari ini.

RITA SARIMAH PATRICK INSOL

“Jangan biarkan kami menangis keseorangan dan tumpang ketawa bila harga sawit naik, kerajaan perlu menyemak rendah lagi ke bawah kadar untuk levi tersebut. Mohon kerajaan sediakan dana khas, janganlah gunakan semata-mata subisidi kos minyak masak dan sebagainya. Berikan dana khas bantu mereka yang layak.

“Sebab penanaman sawit adalah cara untuk golongan miskin membasmi miskin tegar. Kalau bagi subsidi kepada mereka, bolehlah mereka mengerjakan tanah yang terbiar,” katanya.

Seorang lagi ahli Dewan Negara, Senator Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair turut menimbulkan persoalan adakah cukai levi kelapa sawit yang dikutip daripada setiap negeri akan memberi pulangan setara dengan levi yang dibayar kepada negeri terbabit.

Malah, katanya lagi, kutipan cukai levi ini juga seharusnya distruktur semula bagi membolehkan negeri-negeri seperti Sabah menyumbang produktiviti setimpal dengan gaji yang bermaruah.

“Saya cenderung melihat hasil levi minyak kelapa sawit dapat digunakan kerajaan untuk mewujudkan satu sistem subsidi industri bagi sokongan tambahan kepada syarikat pengeluar sawit menerusi penggajian.

“Menerusi subsidi industri tersebut, kemampuan kewangan syarikat pengeluar sawit untuk menggajikan tenaga kerja baharu dapat diperkukuhkan, dengan gaji bermaruah, memastikan syarikat sawit benar-benar berbaloi dengan tugas mereka,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya