PETALING JAYA: Pelakon, Ungku Ismail tampil mempertahankan isterinya, Nad Zainal selepas aktres tersebut didakwa berlagak sombong ketika menghadiri sebuah festival di Putrajaya baru-baru ini.
Jelas Ungku, mereka ketika itu sedang fokus menjalani penggambaran sehingga tidak dapat melayan permintaan peminat yang hadir ke acara tersebut.
“Kami sedang lakukan penggambaran. Fokus nak lihat dan dengar arahan jurugambar di depan untuk tahu apa yang perlu dilakukan,”
“Hanya kerana satu video, ramai dengan lajunya menggadai amalan pahala mereka beramai-ramai. SubhanAllah!,” ujarnya.
Ungku berkata demikian menerusi satu hantaran di Instagramnya hari ini.
Sejak beberapa hari,video yang dimuat naik seorang individu mendapat respons negatif warganet yang mengandaikan kedua-dua selebriti itu sombong dan tidak mesra peminat.
Difahamkan, keberadaan mereka di sana adalah sebagai selebriti jemputan yang mempromosikan acara tersebut.
Sementara itu, pelakon Cina Buta itu turut memujuk isterinya untuk bersabar dengan ujian dan fitnah yang harus ditempuh di bulan Ramadan ini.
“Alhamdulillah. Banyak pahala kami dapat daripada cemuhan, kutukan, hinaan dan ungkitan amalan dari malam semalam.
“Kepada yang muat naik, beritakan, sebar dan mengata, padang mahsyar itu benar. Kita sabar nantikan.
“Sabar baby (panggilan buat Nad), ujian Ramadan,” kongsinya.