Kanak-kanak empat tahun maut jatuh dari tingkat 11

Kanak-kanak empat tahun maut jatuh dari tingkat 11

WAN AZLAN WAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Kuarters Polis, USJ 8, Subang Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku pada pada 11.35 pagi ketika ibu mangsa berada di dapur.

Katanya, mangsa berusia empat tahun adalah anak pertama dari dua orang adik beradik manakala ibu bapa mangsa merupakan anggota polis yang tinggal di kuarters berkenaan.

“Menurut ibu mangsa, sebelum kejadian dia berada di dapur manakala anak-anaknya bermain di ruang tamu.

“Namun ibunya terdengar bunyi pintu bilik bahagian tengah tertutup dengan kuat dan cuba membuka pintu dari luar tetapi gagal kerana pintu terkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, ibu mangsa turut mendengar anaknya meminta tolong sebelum dia ke bilik sebelah untuk melihat dari luar tingkap.

“Apabila melihat dari luar tingkap ibu mangsa mendapati anaknya terjatuh ke bawah.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa maut terjatuh dari tingkat 11. Pihak Forensik dan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling tiba di tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Wan Azlan berkata, siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang bagi proses bedah siasat bagi megetahui punca kematian sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya