Jualan Khas Syawal Madani sasar jualan RM13 juta

Jualan Khas Syawal Madani sasar jualan RM13 juta

MOHAMAD Sabu (kanan) menunjukkan anyaman ketupat ketika menghadiri Jelajah Ramadan Bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di pekarangan Masjid Al-Najihin, Padang Sebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Jualan Khas Syawal Madani menyasarkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM13 juta, sejak program itu dilancarkan Sabtu lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sejumlah RM4.5 juta nilai jualan telah direkodkan dalam tempoh empat hari ia berlangsung di 38 lokasi setakat ini.

Menurutnya, pihaknya yakin sasaran jualan yang ditetapkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat direalisasikan dalam tempoh dua hari lagi sebelum berakhir esok.

“Program anjuran FAMA itu melibatkan penyertaan seramai 1,462 usahawan di 113 lokasi pemasaran FAMA seluruh negara.

“Ini membuktikan Jualan Khas Syawal Madani berjaya dimanfaatkan oleh golongan berpendapatan rendah menikmati harga jualan yang berpatutan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Sepanjang program ini berjalan serentak di seluruh negara mereka yang berpendapatan rendah dapat membeli pelbagai barangan yang lebih murah daripada yang dijual di luar sana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Ramadan Bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di pekarangan Masjid Al-Najihin, Padang Sebang di sini, semalam.

Tambah Mohamad, program tersebut wajar diteruskan pada Ramadan tahun depan berdasarkan sambutan orang ramai di semua lokasi disediakan FAMA.

“Saya tidak menolak kemungkinan Jualan Khas Madani tahun depan akan menambah lokasi daripada 113 tahun ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang rendah.

“Selepas Syawal nanti kita akan teruskan dengan jualan terus dari ladang dan Jualan Agro Madani dengan mensasarkan 2,000 tempat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.