JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam

JPA teliti semula pekeliling pemberian, penerimaan hadiah penjawat awam

MOHD. Zuki Ali menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar pada Majlis Iftar Maksak di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula pekeliling berkaitan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, langkah itu demi memudahkan semua pihak terutama dalam tatacara penerimaan sumbangan oleh agensi-agensi serta kelab-kelab di bawah kementerian dan jabatan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, aspek integriti dan tadbir urus mesti diberi perhatian dan keutamaan.

“Baru-baru ini, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-rasuah Kebangsaan yang saya pengerusikan, ada dibangkitkan tentang isu tatacara ini termasuk pematuhan kepada pekeliling perkhidmatan bilangan 3, tahun 1998 itu.

“Dalam hal ini, isunya bukannya tidak boleh untuk kelab-kelab sukan dan kebajikan untuk menerima sumbangan, namun ia perlu berlandaskan kepada garis panduan dan peraturan yang berkuat kuasa, ” katanya ketika berucap dalam majlis Iftar Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut turut meraikan seramai 40 orang anak-anak dari Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi, Selangor.

Dalam pada itu, beliau mahu pelaksanaan program-program Maksak bukan sekadar untuk ahli sahaja tetapi diperluaskan kepada semua peringkat penjawat
awam termasuk ahli keluarga bertepatan dengan konsep islah.

Pada tahun 2023, Maksak Malaysia akan menganjurkan sejumlah 27 program yang merangkumi kejohanan sukan @ MAKSAK GAMES, kebajikan,
sosial dan kebudayaan di seluruh negara.

“Sudah tentu penganjuran kejohanan atau program ini akan melibatkan kos yang besar kepada Maksak.

” Oleh itu, saya mengharapkan agar agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri sama-sama memberi bantuan kewangan dan sokongan kepada Maksak Malaysia serta Bbdan gabungannya memandangkan tiada geran tahunan disediakan kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya