Jenazah datuk, cucu tiri selamat dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah datuk, cucu tiri selamat dikebumi

MUHAMMAD Ubaidillah Zikri Adnan memangku jenazah anaknya, Alisha Mardhiah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Jenazah dua daripada enam mangsa yang maut dalam kemalangan di kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, di Kemaman, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Rakit, di sini, tengah hari ini.

Jenazah Abd. Halim Ismail, 71, dan cucu tirinya, Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2, dari Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, di sini, dikebumikan dalam satu liang lahad pada pukul 12.45 tengah hari.

Abd. Halim disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Alisha Mardhiah pula meninggal dunia di Hospital Kemaman pada pukul 7.36 malam.

Jenazah kedua-dua beranak itu yang dibawa dari Hospital Kemaman, sebelum itu dibawa pulang ke rumah keluarga mangsa untuk disembahyangkan di Kampung Pengkalan Atap pada pukul 11.30 pagi.

Empat lagi mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Rosliza Mat Hussin, 38, dan Tuan Yah Dollah, 61, dari Jerteh serta Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23, dan Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2, dari Felda Keratong 1, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.

Difahamkan Nor Nadia Natasha dan Nur Syafinaz NauraSaiful Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Keratong 1 manakala Tuan Yah Dollah dan Rosliza pula Tanah Perkuburan Islam Kg Cabang 3, Jabi, Jerteh.

Sementara itu, mangsa yang cedera pula ialah Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 26, dari Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu; Nurul Fatihah Azman, 28 dan Zaiton Mohamad, 57, dari Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dan Shah Rezzal Zanzalani, 27, dari Felda Neram, Kemaman.

Mangsa lain yang cedera pula ialah Wan Alya Farhana Wan Muhamad Khalil,15, dan adiknya,
Wan Muhamad Adam Wan Muhamad Khalil,11, dari Bandar Cheneh Baru, Kemaman; Nur Syafana Nasha Saiful Azwan, 2,dari Felda Keratong 1, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.

Kesemua mangsa yang cedera mendapat rawatan di Hospital Kemaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya