Jangan pandang rendah pengaruh Tun M

Jangan pandang rendah pengaruh Tun M

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti politik tidak boleh memandang rendah kemampuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mendapatkan sokongan terutamanya orang Melayu biarpun usianya menghampiri 100 tahun.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr. Mazlan Ali menyifatkan, Penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) itu seorang pemimpin yang berbisa dan boleh mencetuskan gelombang.

Katanya, ini kerana Dr. Mahathir dianggap penyelamat sebelum ini apabila memimpin Pakatan Harapan (PH) semasa mereka tidak ada pengemudi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalam penjara.

“Jadi, apabila pimpin PH, beliau dapat sokongan PH dan pada masa sama sokongan orang UMNO. Lebih 11 kerusi Felda PH dapat tawan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sedangkan mana ada dalam sejarah PH boleh menang kerusi Felda.

“PRU14 pencapaian terbaik PH sebab Dr. Mahathir. Jadi, jangan pandang rendah, beliau ibarat kunci yang boleh menggerakkan, tetapi mesti dengan platform yang betul.

“Sekarang ini boleh lihat Dr. Mahathir main isu Melayu, orang Melayu tidak terbela, itu satu cara beliau menghangatkan semula sokongan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dr. Mahathir baru-baru ini lantang memberi kesedaran dalam membela nasib orang Melayu di negara ini dan menjadi sebahagian individu yang menggerakkan Program Proklamasi Orang Melayu bagi penya­tuan kaum itu yang disifatkannya semakin berpecah.

Mengulas lanjut, Dr. Mazlan berkata, Parti Putra bagaimanapun dilihat satu platform yang tidak menyerlahkan kebolehan bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu dalam mendapatkan sokongan, tidak seperti bekas Ahli Parlimen Langkawi itu bersama PH sebelum ini.

Lagi pula katanya, rekod prestasi Dr. Mahathir yang meletak jawatan semasa menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dianggap sebagai pengkhianatan oleh penyokong PH.

“Penyokong Perikatan Nasional (PN) pun tidak akan menyokong beliau kerana mereka fikir yang Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun dapat membawa kemenangan besar semasa PRU15 tanpa Dr. Mahathir dan Putra pula bukan parti yang kuat untuk berpaut,” jelasnya. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN