Jamal akan saman penuduh, dakwa sogok perwakilan  - Utusan Malaysia

Jamal akan saman penuduh, dakwa sogok perwakilan 

JAMAL Md Yunos akan membuat laporan polis terhadap penuduh yang mendakwa beliau menyogok perwakilan sewaktu pemilihan parti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan membuat laporan polis terhadap penuduh yang melemparkan fitnah berhubung isu rasuah sewaktu pemilihan UMNO baru-baru ini.

Jelasnya, keadaan itu sekali gus memberikan gambaran negatif terhadapnya sebagai pemimpin UMNO yang dipilih perwakilan buat kali ketiga memegang jawatan yang sama sebagai Ketua UMNO Bahagian.

“Saya akan membuat laporan tentang kenyataan fitnah kepada saya yang mengakibatkan pandangan serong masyarakat kepada saya dan mencemarkan nama baik UMNO Sungai Besar.

“(Bila nak buat?) Dalam waktu terdekat selepas selesai jawapan daripada Lembaga Disiplin,” katanya di Menara Dato’ Onn, di sini semalam.

Jamal ditemui selepas memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin susulan dakwaan menyogok 12 orang perwakilan untuk mengundinya pada pemilihan parti pada 18 Mac lalu.

Bagaimanapun, beliau sebelum ini menafikan dakwaan terbabit, sekali gus menyifatkan dakwaan tersebut fitnah dibuat pihak sepanjang pemilihan parti peringkat Bahagian Sungai Besar.

“Saya nafikan. (Ini) fitnah,” katanya sebelum ini.

Jamal yang mendakwa penuduh terbabit adalah punca aduan dibuat ke Lembaga Disiplin UMNO menjelaskan, beliau kecewa dengan sikap tersebut dan seharusnya tidak dilakukan oleh seorang pemimpin politik yang pernah memegang jawatan penting suatu ketika dahulu.

“Saya kecewa dengan serangan itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, menerusi sepucuk surat ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Hafarizam Harun bertarikh 7 April 2023, Jamal dikatakan melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli Umno yang boleh dihukum di bawah Fasal 20.9.

Dalam surat itu juga, perwakilan yang diberikan sogokan diarahkan bersumpah untuk mengundinya pada pemilihan parti.

Selain wang tunai, perwakilan turut diberikan satu beg perwakilan mengandungi kad gantung perwakilan, cai, dan sekeping kad jemputan dikatakan boleh ditunaikan berjumlah RM2,000, jika Jamal menang pemilihan.

Jamal menafikan dakwaan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya