Isteri ND Lala dedah wajah madu

Isteri ND Lala dedah wajah madu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri penyanyi ND Lala, Fauziah Sarman mendedahkan wajah madunya yang bernama Datin Siti Munirah Abd. Ghani dalam Instagram, sejak semalam.

Hantaran yang dikemas kini semula hari ini disertakan dengan kenyataan ringkas berserta wajah isteri kedua ND Lala, sekali gus mengesahkan spekulasi yang bertebaran selama ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Entri tersebut mendapat perhatian warga maya yang rata-rata terkejut dengan perkongsian tersebut.

“Maknanya yang viral hari itu betul la. Ya Allah sedihnya, kenapa semua nak sondol lelaki orang. Carilah orang bujang. Susah senang bersama-sama bukan senang baru nak tumpang,” soal netizen.

“Asalnya kawan baik anak, tiba-tiba jadi mak tiri. Peritnya edit kapsyen waktu Subuh begini, dari ‘penyondol’ kepada ‘isteri’. Untung @mamazie masih ada budi bahasa,” tulis netizen.

“Tak apalah bagi dia kahwin. Nanti pucuk muda beranak kecil. Si suami umur 70 tahun masih bangun malam bancuh susu dan basuh berak anak. Masa itu baru tahu erti penyesalan. Biar dia seronok hantar anak sekolah umur 70an pula,” sindir netizen lain.

Persoalan turut timbul apabila Fauziah bertindak membuang gambar-gambar suaminya serta tidak lagi mengikuti ND Lala di Instagram.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila Amzah.

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu.

Shila juga pernah memuatnaik hantaran di Instagram yang sedang mencari Siti Munirah.

Mingguan Malaysia menerusi ruangan Poklip hari ini melaporkan si isteri rela hati diduakan selepas suaminya berkahwin dengan seorang janda anak tiga dengan alasan mahu menyara dan membantu wanita tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya