IQRA edar 4,000 bubur lambuk

IQRA edar 4,000 bubur lambuk

Aktiviti memasak bubur lambuk bersama Dai Hidayu Mohd. Kamil, IQRA, mahasiswa dan NGO di Taman Setia, Klang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Klang: Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Pertubuhan Akademi Al-Quran Antarabangsa (IQRA) dengan kerjasama Business Economics Students Society (BESSS), UiTM Puncak Alam menjalin kerjasama dengan menganjurkan majlis gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.

Sebanyak 4,000 bekas bubur lambuk dimasak dan diedarkan melalui 10 kawah periuk di bawah Program Belia #HidupkanRamadan.

Bertempat di Surau Al-Ikhwan, Taman Setia, Klang aktiviti dimulakan dengan memasak bubur lambuk secara bergotong-royong oleh ahli jawatankuasa masjid, sukarelawan mahasiswa, masyarakat, dan NGO seawal jam 7 pagi sebelum diagihkan kepada penduduk surau serta jemaah sekitar masjid terbabit sebagai juadah berbuka puasa.

Pengerusi, Pertubuhan Akademi Al-Quran Antarabangsa (iQRA), Leftenan Bersekutu (PA) Mohamad Anas Mohamad Naem berkata, program itu membuka peluang untuk lebih mendekati masyarakat yang memerlukan tidak kira latar belakang.

Pertubuhan ini telah diperbadankan untuk menjadi pusat atau institusi sumber ilmu dan pembelajaran Al-Quran yang meliputi kerja-kerja pendidikan, kebajikan, dan ekonomi. Bukan itu sahaja, iQRA telah melaksanakan pelbagai program komuniti dan sosial yang dapat membantu masyarakat dalam pelbagai aspek.

Menurutnya, dengan pengalaman meluas (iQRA) dalam program komuniti dan sosial yang sudah dilaksanakan, akan lebih banyak inisiatif yang boleh dilakukan.

“Kami berharap dapat melakukan lebih banyak inisiatif seperti ini kerana program ini lebih mendekatkan kami kepada komuniti.

“Program ini juga bersesuaian dengan nilai modal insan yang sedang dilaksanakan yang mana kami cuba melakukan sebanyak mungkin CSR untuk mecapai sasaran,” katanya.

“Menerusi program itu juga, kami cuba melakukan aktiviti CSR dalam semua perkara yang kami lakukan.

Selain penduduk sekitar Taman Setia, Klang , surau dan madrasah berhampiran, 4,000 pek bubur lambuk yang disediakan itu turut diagihkan kepada NGO tempatan seperti Al Khairi Charity Organisation, Imtiyaz Care dan juga Balai Polis, Klang .

Turut hadir Da’i Hidayu Mohd. Kamil yang memeriahkan majjlis khatam Quran dan menyampaikan tazkirah kepada pelajar dan penduduk setempat. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya